Tuesday 9 August 2011

Tiga Golongan yang didoakan Kecelakaan keatasnya


Pada suatu hari, sedang Nabi Muhammad SAW menaiki mimbarnya untuk berkhutbah, sahabat-sahabatnya mendengar Baginda bersabda “Amin” di anak tangga pertama. Di anak tangga kedua, Baginda mengulangi “Amin”, dan seterusnya di anak tangga ketiga, sekali lagi Baginda mengulangi “Amin”. Setelah selesai sembahyang Baginda telah ditanya oleh sahabat-sahabatnya tentang apa yang Baginda aminkan ketika menaiki mimbarnya tadi. Baginda telah bersabda dan menerangkan bahawa Baginda telah mendengar Jibrail AS mendoakan kecelakaan untuk tiga gulungan manusia.

Pertama, Jibrail AS mendoakan kecelakaan untuk mereka yang tidak berselawat ke atasnya apabila mendengar nama Baginda disebut, dan Baginda mengaminkannya.

Kedua, Jibrail AS mendoakan kecelakaan untuk mereka yang mempunyai ibu-bapa (iaitu yang masih hidup) tetapi tidak berbakti kepada mereka, dan Baginda juga mengaminkannya.

Dan

Ketiga, Jibrail mendoakan kecelakaan untuk mereka yang membiarkan Ramadan berlalu tanpa diampunkan dosa-dosa mereka (iaitu mereka tidak bersungguh-sungguh mencari keampunan di bulan Ramadan). Baginda juga mengaminkannya.


Jangan dibiarkan Ramadan ini berlalu begitu sahaja. Lipat-gandakanlah amal ibadat pada bulan Ramadan ini. 

No comments:

Post a Comment